Saturday, February 13, 2010

kesian...

nak gelak pun  tak boleh.. abis tu kalau tak gelak? hahaha.. payah juga kalau jadi ikan paus tapi tak boleh menyelam.. kesian pulak rasanya. tapi nak buat macam mana lagi. itu lah realitinya. maka terpaksalah si ikan paus tu berenang-renang sahaja di tepian. nak ke tengah lautan takut pula tenggelam.. silap-silap terjunam ke dasaran.. tak pun terus jadi tukun tiruan..

lalu ia mengundang kisah.. menggamit soal. cerita dah melantun. alasan dah bertimbun. penjelasan pun dah dimaklum.. ada orang kesah?? entah la labu.. lepas satu.. satu lagi.. yang patah pun belum tumbuh.. yang hilang belum kembali.. yang ini?? hantam saja la labu.... esok lusa menyelam la dia tu..

Tuesday, February 9, 2010

drama 9/2..

Cut!!!

Terima kasih kepada semua yang telibat dalam pembikinan drama ini.. dah tamat dah.. kerjasama anda semua amatlah dihargai...

apa lagi nak diulas.. apa lagi yang nak dikupas.. kenyataan tetap kenyataan. suka atau tak terima je la dengan hati yang berat.. walau apa pun pandangan dan pendapat, ia sekadar di angin lalu sahaja. sia-sia.. tak bermakna apa-apa lagi. masih ada yang tidak berpuas hati? sudahlah.. simpan saja rasa tu.. abis tu? mengalah terus? tidak.. tidak sama sekali.. seorang pejuang takan mengaku kalah sehingga ke titik darah terakhir.. teruskan berjuang.. tapi berjuanglah dengan akal.. bukan dengan rasa yang terbuku. kelak tersilap langkah, tersungkur ke batu.. berkecai.. oleh itu, kewarasan dalam saat-saat begini amat perlu dalam membuat keputusan halatuju sebuah perjuangan.. jangan ikut rasa.. nanti binasa. jangan ikut panas... nanti sendiri kepanasan. nanti.. kita bersorak kerana kita menang, tapi semua dah jadi arang..

kepada mereka yang berjuang.. keputusan itu kita mesti terima. ia dibuat oleh pihak yang berhak. tak perlu dipertikaikan soal hak mereka. kalau tidak kita yang menghormati keputusan istana keadilan, siapa lagi.. kita yang memberi kepercayaan kepada mereka. jadi, mereka sekadar menjalankan tugas yang diberikan. soal cara mereka membuat keputusan tidak perlu kita bahaskan. itu antara mereka dengan tuhan. apa jua yang terkeluar dari mulut mereka, jika tidak berlaku adil maka mereka harus berdepan dengan keadilan yang lebih agung kelak.. jangan pertikaikan itu.. biarkan mereka. hikmahnya pasti ada.. yang nyata dan yang tidak nyata..

apa yang perlu kita ingat, yang terlepas belum tentu akan terlepas terus.. pasti jika memang hak kita.. ia akan kembali ke tangan kita.. percayalah.. cuma langkah kita harus diperbetulkan. niat kita harus ditekadkan.. mengalah bukan bererti kalah.. berjuang dan terus berjuang.. sesungguhnya keadilah adalah ungkapan yang terlalu sukar diterjemahkan dalam dunia hari ini.. selamat berjuang.. dengan.. bermaruah..

salam buat mereka-mereka yang menangis pada 9/2.. salam juga buat mereka-mereka yang ketawa pada 9/2.. sesungguhnya tiada yang lebih adil dari Allah..

Tuesday, February 2, 2010

Riwayat februari..antara tarian dan lakonan

februari datang lagi. istimewa atau tidak, satu persoalan yang menghimpunkan lebih banyak soalan dari jawapan. terpulang dari arah mana ia mahu diterjemahkan ke dalam penceritaan kita. lalu bermula hari ini sebagai satu tarian yang bakal menggegarkan pentas dunia. dari pereka tarinya senhingga penarinya sendiri makin bergetar rasa dalam mencari sebuah reaksi dari ekor mata sang pemerhati. benar, tidak mudah. susun atur penarinya harus tepat.. langkah tarinya nyata mesti tegap.. lenggok tarinya wajar berseirama dalam dendangan alunan yang ada. tidak alpa juga sang pereka pentasnya.. penjaga lampunya.. dan sang penjaga bunyinya.. semua peranan harus sealiran dalam nada yang sama. Mahu tidak mahu, berkeringat menitik kering sekalipun tarian ini tidak bisa lagi dihentikan.. harus terus dan meneruskan. jika tidak... belum noktah tarian ini berakhir sekalipun, pasti akan disiniskan oleh sang pemerhati. apatah lagi jika gagal di penamatnya.. bukan lagi sekadar pasti.. tapi memang.. memang seisi dunia akan ketawa.. bencananya akan terasa pada sesiapa. lantas untuk apa semua ini.. sekadar mahu memuaskan hati sendiri.. atau bangga melihat diri diperolokkan.. jelas.. mereka ini tidak pernah suka melihat orang lain juga gembira.. demi sebuah singgahsana, yang terlarang itu sudah menjadi tidak bermakna lagi..

februari juga menunggu detik satu lagi lakonan yang tak pasti ceritanya. cuma sekadar meniti dibibir sang penulis skrip dan pelakonya sahaja. sang pengarah yang makin goyah dalam arahannya mula memalingkan muka.. hikayatnya bermula tanpa arah. mungkin juga berakhir tanpa maruah. sembah derhaka bukan lagi zaman hang tuah. berbentengkan kawat-kawat duri bukan lagi zaman darurat. hak tetap hak.. menuntut dan terus dituntut. selama mana bisa bertahan.. kini, sekadar membilang detik. waktu bergerak pantas dan tidak pantas. sebaik mana pelakon yang ada.. sepintar mana penulis skrip yang mengolahnya.. sehebat mana sang pengarah menadaptasinya.. kembali kepada mereka yang akan berkata.. kami sudah bosan dengan jalan ceritanya.. muak dengan pelakonnya.. tamatkanlah.. detik 9 februari.. penentu antara hak dengan yang berhak.. mereka yang berjuang demi sebuah kebenaran, teruskan.. biar tersungkur dikandang harimau sekalipun, jangan gentar bertahan. perjuangan ini tidak ada erti pengakhirannya.. sampai bila-bila..

Sunday, January 31, 2010

Mencari Benar..

kita sering di hidangkan dengan kebenaran yang beralas.. kadang-kadang kita gagal menilai mana yang benar disebalik helaian kebenaran yang terpapar. meneliti dan menyiratkan yang tersurat adalah yang terbaik bagi mencari jawapan. namun, sebuah pentafsiran belum tentu benar bagi mereka yang tidak bersehaluan dengan sang pentafsirnya. hari ini.. yang ada boleh di tiadakan. yang nyata boleh dighaibkan.. yang patah boleh ditumbuhkan. persoalan yang berlegar.. apakah yang benarnya. siapakah sosok di balik bayang itu.. sukar sebenarnya mencari benar dalam alam yang makin kelam ini. ada yang memberi tapi meminta. ada yang menangis tapi sinis. ada yang ketawa tapi hiba.. yang pasti, benar atau tidak terpulang kepada sisi mana tapak kita berpijak.. kepada pejuang kebenaran, berjuanglah demi prinsip.. jangan biarkan seisi alam tersenyum sumbing melihat kalian tersungkur di kaki sendiri.. kebenaran itu sesungguhnya berat kepada mereka yang tidak mengerti..

bila jebat bersuara..

hari-hari makin kelam buat kita.. yang tersirat makin terlindung.. yang tersurat makin terbentang. yang dapat hampir terlepas. yang terkendong makin tercicir.. jangan sampai padang menjadi jarak.. terkukur hilang sarang. belut makin tiada lumpur. lalu di mana kita? ke selatan yang makin menghimpit? atau ke utara yang makin meribut? langkah terasa berat. suka atau tak jawapan tak bersoalan mesti dirungkai. jangan biarkan tenggelam dalam paya yang makin kekontangan. sauh itu sudah lama tergantung. tinggal pendayung reput yang entah mampu atau tak menahan badai.. berbekal keberanian sahaja belum tentu cukup untuk membelah ombak. perlu persiapkan diri.. mengkaji dan meneliti. demi kelangsungan sebuah perjalan yang entah bila penghujungnya.. bukan aku sinis.. kalian juga jangan mudah menepis. beritahu kepada mereka-mereka bagaimana untuk hidup.. hidup kita perlu ada kata-kata.. supaya maut kita jangan kerana bisu..