Sunday, January 31, 2010

Mencari Benar..

kita sering di hidangkan dengan kebenaran yang beralas.. kadang-kadang kita gagal menilai mana yang benar disebalik helaian kebenaran yang terpapar. meneliti dan menyiratkan yang tersurat adalah yang terbaik bagi mencari jawapan. namun, sebuah pentafsiran belum tentu benar bagi mereka yang tidak bersehaluan dengan sang pentafsirnya. hari ini.. yang ada boleh di tiadakan. yang nyata boleh dighaibkan.. yang patah boleh ditumbuhkan. persoalan yang berlegar.. apakah yang benarnya. siapakah sosok di balik bayang itu.. sukar sebenarnya mencari benar dalam alam yang makin kelam ini. ada yang memberi tapi meminta. ada yang menangis tapi sinis. ada yang ketawa tapi hiba.. yang pasti, benar atau tidak terpulang kepada sisi mana tapak kita berpijak.. kepada pejuang kebenaran, berjuanglah demi prinsip.. jangan biarkan seisi alam tersenyum sumbing melihat kalian tersungkur di kaki sendiri.. kebenaran itu sesungguhnya berat kepada mereka yang tidak mengerti..

bila jebat bersuara..

hari-hari makin kelam buat kita.. yang tersirat makin terlindung.. yang tersurat makin terbentang. yang dapat hampir terlepas. yang terkendong makin tercicir.. jangan sampai padang menjadi jarak.. terkukur hilang sarang. belut makin tiada lumpur. lalu di mana kita? ke selatan yang makin menghimpit? atau ke utara yang makin meribut? langkah terasa berat. suka atau tak jawapan tak bersoalan mesti dirungkai. jangan biarkan tenggelam dalam paya yang makin kekontangan. sauh itu sudah lama tergantung. tinggal pendayung reput yang entah mampu atau tak menahan badai.. berbekal keberanian sahaja belum tentu cukup untuk membelah ombak. perlu persiapkan diri.. mengkaji dan meneliti. demi kelangsungan sebuah perjalan yang entah bila penghujungnya.. bukan aku sinis.. kalian juga jangan mudah menepis. beritahu kepada mereka-mereka bagaimana untuk hidup.. hidup kita perlu ada kata-kata.. supaya maut kita jangan kerana bisu..