tak terniat untuk aku menderhaka. tak terlintas untuk aku menyanggah. namun.. aku manusia biasa yang mempunyai hak ke atas diriku dan sekelilingku. aku bersuara atas relaku.. aku berkata atas sedarku.. aku berlagu atas niatku. andai ada kataku terhiris jiwa kalian. laguku sumbang di telinga kalian. suaraku terkasar di mata hati kalian.. maafkan aku.. kerana itu adalah aku.. tak mungkin aku akan jadi orang lain.
Sunday, January 31, 2010
Mencari Benar..
kita sering di hidangkan dengan kebenaran yang beralas.. kadang-kadang kita gagal menilai mana yang benar disebalik helaian kebenaran yang terpapar. meneliti dan menyiratkan yang tersurat adalah yang terbaik bagi mencari jawapan. namun, sebuah pentafsiran belum tentu benar bagi mereka yang tidak bersehaluan dengan sang pentafsirnya. hari ini.. yang ada boleh di tiadakan. yang nyata boleh dighaibkan.. yang patah boleh ditumbuhkan. persoalan yang berlegar.. apakah yang benarnya. siapakah sosok di balik bayang itu.. sukar sebenarnya mencari benar dalam alam yang makin kelam ini. ada yang memberi tapi meminta. ada yang menangis tapi sinis. ada yang ketawa tapi hiba.. yang pasti, benar atau tidak terpulang kepada sisi mana tapak kita berpijak.. kepada pejuang kebenaran, berjuanglah demi prinsip.. jangan biarkan seisi alam tersenyum sumbing melihat kalian tersungkur di kaki sendiri.. kebenaran itu sesungguhnya berat kepada mereka yang tidak mengerti..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment