februari datang lagi. istimewa atau tidak, satu persoalan yang menghimpunkan lebih banyak soalan dari jawapan. terpulang dari arah mana ia mahu diterjemahkan ke dalam penceritaan kita. lalu bermula hari ini sebagai satu tarian yang bakal menggegarkan pentas dunia. dari pereka tarinya senhingga penarinya sendiri makin bergetar rasa dalam mencari sebuah reaksi dari ekor mata sang pemerhati. benar, tidak mudah. susun atur penarinya harus tepat.. langkah tarinya nyata mesti tegap.. lenggok tarinya wajar berseirama dalam dendangan alunan yang ada. tidak alpa juga sang pereka pentasnya.. penjaga lampunya.. dan sang penjaga bunyinya.. semua peranan harus sealiran dalam nada yang sama. Mahu tidak mahu, berkeringat menitik kering sekalipun tarian ini tidak bisa lagi dihentikan.. harus terus dan meneruskan. jika tidak... belum noktah tarian ini berakhir sekalipun, pasti akan disiniskan oleh sang pemerhati. apatah lagi jika gagal di penamatnya.. bukan lagi sekadar pasti.. tapi memang.. memang seisi dunia akan ketawa.. bencananya akan terasa pada sesiapa. lantas untuk apa semua ini.. sekadar mahu memuaskan hati sendiri.. atau bangga melihat diri diperolokkan.. jelas.. mereka ini tidak pernah suka melihat orang lain juga gembira.. demi sebuah singgahsana, yang terlarang itu sudah menjadi tidak bermakna lagi..
februari juga menunggu detik satu lagi lakonan yang tak pasti ceritanya. cuma sekadar meniti dibibir sang penulis skrip dan pelakonya sahaja. sang pengarah yang makin goyah dalam arahannya mula memalingkan muka.. hikayatnya bermula tanpa arah. mungkin juga berakhir tanpa maruah. sembah derhaka bukan lagi zaman hang tuah. berbentengkan kawat-kawat duri bukan lagi zaman darurat. hak tetap hak.. menuntut dan terus dituntut. selama mana bisa bertahan.. kini, sekadar membilang detik. waktu bergerak pantas dan tidak pantas. sebaik mana pelakon yang ada.. sepintar mana penulis skrip yang mengolahnya.. sehebat mana sang pengarah menadaptasinya.. kembali kepada mereka yang akan berkata.. kami sudah bosan dengan jalan ceritanya.. muak dengan pelakonnya.. tamatkanlah.. detik 9 februari.. penentu antara hak dengan yang berhak.. mereka yang berjuang demi sebuah kebenaran, teruskan.. biar tersungkur dikandang harimau sekalipun, jangan gentar bertahan. perjuangan ini tidak ada erti pengakhirannya.. sampai bila-bila..
No comments:
Post a Comment